Rabu, 11 November 2009

Prasarana berteknologi cungkil bakat atlet

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK) giat melaksanakan apa yang dirancang demi memastikan hasrat membudayakan sukan di sekolah tercapai, sekaligus Malaysia mampu melahirkan atlet bertaraf dunia yang dilahirkan hasil daripada program sukan di sekolah.
Pengarah BSSK, Jame Alip, berkata adalah jelas bahawa sekolah adalah medan untuk mengenal pasti bakat pelajar dan insan pertama yang bertanggungjawab mengesan bakat ialah guru Pendidikan Jasmani (PJ) menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.
Katanya, program pembangunan sukan KPM di sekolah membabitkan sukan untuksemua yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah manakala sukan untuk kecemerlangan di Pusat Latihan Daerah (PLD), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Sukan Malaysia.
“Kita ada tujuh acara Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) iaitu atlet untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi. Permainan lain ialah sukan untuk semua,” katanya.
Beliau berkata, fungsi BSSK dalam bidang sukan ini ialah membangunkan sukan untuk semua di sekolah, daerah, negeri dan negara, bagi bakat berpotensi, mereka akan disalurkan ke SSN dan paling terbaik antara mereka kemudian menjadi atlet pelapis di Sekolah Sukan Bandar Penawar atau Bukit Jalil.
Sebagai bukti keseriusan KPM, katanya, pekeliling dihantar ke semua sekolah bagi memastikan guru besar dan pengetua mematuhi peraturan ditetapkan berkaitan dengan subjek PJ yang wajib diajar di sekolah.
Mengikut dasar baru yang dipersetujui bagi memastikan sukan di sekolah hidup, pelajar pula perlu terbabit dalam sukan secara menyeluruh di sekolah dan pada masa sama, bagi menjayakannya, ibu bapa perlu memberi sokongan dengan mengubah mentaliti supaya tidak terlalu meletakkan akademik sebagai segalagalanya bagi kecemerlangan pelajar.

Renungkanlah



Sebagai seorang muslim yang sejati dan beriman, harus la kita belajar tanpa jemu setiap ilmu Allah yang ada di muka bumi ini untuk kepentingan dan kesenangan diri, keluarga, masyarakat dan sebagainya.